SHAH ALAM: Polis berjaya menahan seorang lelaki yang tular menerusi media sosial kerana aksi berbahayanya melarikan diri dengan sebuah motosikal ketika dikejar kereta peronda polis di persimpangan Jalan Air Manis-Sungai Besar, Sabak Bernam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Agus Salim Mohd Alias berkata insiden itu berlaku antara 11.30 pagi hingga 12 tengah hari, Isnin lepas manakala lelaki berusia lingkungan 30-an itu berjaya ditahan semalam.
"Ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis morfin selain memiliki lima rekod kesalahan lampau berkaitan dadah, dua rekod jenayah dan dikehendaki polis berkaitan kesalahan jenayah komersial," katanya dalam kenyataan hari ini.
Agus Salim berkata polis turut merampas motosikal yang digunakan lelaki terbabit seperti yang tular dalam media sosial dan semakan mendapati kenderaan itu tidak mempunyai rekod senarai hitam polis.
Beliau berkata lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Baru-baru ini, sebuah video berdurasi 17 saat tular menerusi media sosial memaparkan penunggang motosikal membuat pusingan U secara berbahaya dan memecut di persimpangan Jalan Air Manis-Sungai Besar, Sabak Bernam kerana melarikan diri daripada dikejar kereta peronda polis.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 23 2022
Lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Pemandu lari daripada polis, terjun Jambatan Pulau Pinang didenda RM2,800
Seorang penganggur dikenakan hukuman denda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini selepas didapati bersalah menghalang tugas polis pada 9 Disember lalu.
Wanita lari daripada polis, pandu secara berbahaya di Bangi ditahan
Seorang wanita ditahan selepas memandu kereta secara berbahaya bagi melarikan diri daripada polis dalam satu kejadian di Bandar Baru Bangi, Kajang dekat sini semalam.
Lelaki cuba lari pemeriksaan polis, disyaki curi 25 batang kabel diberkas
Suspek memandu dalam keadaan mencurigakan di kawasan Sungai Chua dan memecut sehingga di SKVE ketika diminta berhenti untuk pemeriksaan.
Penunggang motosikal tular lari daripada polis berjaya ditahan
Polis berjaya menahan seorang lelaki yang tular menerusi media sosial kerana aksi berbahayanya melarikan diri dengan sebuah motosikal ketika dikejar kereta peronda polis.
3 PATI cedera kereta masuk parit ketika lari daripada polis
Tiga cedera termasuk dua wanita patah kaki apabila kereta dinaiki lima pendatang tanpa izin terbabas ke dalam parit ketika dikejar polis di Kunci Air Kuala Selangor.
Lelaki ingkar arahan, cuba rempuh polis direman empat hari
Seorang lelaki warga asing direman empat hari mulai hari ini bagi membantu melengkapkan siasatan kes cubaan membunuh anggota polis dan ingkar arahan polis dalam satu insiden semalam.